.

Konco-konco

Tuesday, January 30, 2024

Bayar Fidyah Online

Since ramai yg search macam mana nak bayar fidyah especially yg tinggal puasa sebab pregnant kan..aku nak share la pengalaman sendiri since dua² anak aku preggy bulan puasa. So, alkisah bermula anakk sulung 2016 tinggal puasa sebab baby kurang gerak, sebab kena minum air gula etc. Aku pun ganti je la puasa beberapa hari yg tinggal tu. Then dah 2023 baru aku tau ibu yg tinggal puasa sebab risau baby/diri sendiri perlu ganti puasa dan bayar fidyah. Jadi aku pun search la info. Alhamdulillah Melaka boleh bayar online memudahkan la kita tak perlu ke majlis agama atau baitulmal untuk bayar direct. So, Melaka pakai apps/web MalakaPay untuk bayar. Sedikit info ya, untuk puasa yg dah tinggal melangkau banyak tahun kadar dia kena darab dengan berapa tahun hingga tahun terkini. Contoh 2016 ke 2024 dah 7 tahun so kadar dia akan jadi mahal sikit lah RM2 X 3 hari X 7 tahun = RM42 (contohnya). Kali RM berapa tu bergantung pada setiap negeri. Kalau MelakaPay ni dia tolong kirakan so senang tak payah pening².. Orang Melaka boleh refer gambar ni untuk rujukan bayar fidyah online...(maaf gambar terabur sikit sebab repost pakai hp tapi korang akan paham kot..)

Friday, November 10, 2023

Siaran Astro Terganggu Cara Setting

First..Tq pada 1 blog tu share info tentang selesaikan masalah siaran terganggu. Actually dah 3 hari siaran ganggu. TV blank. Ada beberapa channel je dapat even cuaca baik.Hairan jugak..agent Astro pulak tak membantu. Last² google cari sendiri. Youtube pun tak jumpa selain cara resetting Njoi. Kita tak pakai Njoi.
Jumpa 1 blog brother ni, info punca siaran tak dapat. Aku dah try 'Tetapan Pemasangan Baru' search signal. Macam reboot STB astro la tapi tak jumpa² signal stable. Last² brother tu share info maybe piring astro samada wayar atau check kot ada apa² halangan atas piring macam pokok ke apa ke. Aku pun panjat tangga patahkan dahan pokok yg tutup piring astro tu. yes!!! It solve the problem. Terus dapat signal mantap. Siaran pun kembali OK. Tq bro you really helping me. Moga dapat pahala berpanjangan atas sharing bro tu..

Monday, May 8, 2023

Luahan Blogspot

Hi, Apesal ek, blogspot setting baru ni takde space untuk paragraph, perenggan... sambung terus takde perenggan ke apa ke. tak syok betul. Ingatkan sebab update by phone jadi camtu tapi edit dekat lap top pun sama...sad betul.

Sunday, May 7, 2023

Raya Aidilfitri 2023 Alor Gajah

Hai, selamat hari raya. Raya kelima kita sambung raya di Melaka. Last minute husband kata nak buat jamuan makan² dan tahlil. On je la..even berdua je tukang masak bersilat kat dapur nanti. Abg,kakak,adik tak dapat join. Benda pun last minute kan..tak pe. Berjalan lancar. Alhamdulillah...iols berjaya masak rendang daging rempah, nasi impit, ayam sambal, nasi minyak, nasi putih, kuah kacang(beli)..menu lain husband buat bihun sup, sayur dan lemang pun sempat pulak dia nak bakar² sehari sebelum tu ish³.. Pagi² tu memang huru hara sebab chik abam kita janji nak goreng ayam lewat malam..tapi bangun² tengok dia tak buat..adoi la..pukul 1 settle masak Alhamdulillah..cuma Mee je tak sempat goreng.